TATACARA MENGISI PERMOHONAN BERKAHWIN

07/12/2012
PERATURAN AM
  1. Borang permohonan boleh diisi seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh akad nikah.
  2. Panduan ini adalah untuk mengisi permohonan yang melibatkan Jenis permohonan Nikah yang berikut:
    1. Permohonan Nikah Dalam Bahagian dan Luar Sarawak
    2. Permohonan Nikah Antara Bahagian
    3. Permohonan Nikah Kenyataan Pendaftar
  3. Pemohon boleh mengisi borang permohonan nikah secara online dengan menggunakan akses Internet  ataupun secara walk in dengan hadir di pejabat agama Islam berdekatan.
  4. Permohonan yang dibuat secara online hanya akan diproses apabila pemohon melaksanakan proses-proses seperti di dalam tatacara permohonan berikut:
TATACARA PERMOHONAN ONLINE
  1. Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan secara online dengan menggunakan akses Internet.
  2. Pemohon perlu mengenal pasti jenis permohonan berkahwin.
  3. Dokumen lampiran boleh diimbas dan dimuatnaik sekali.
  4. Setelah permohonan online lengkap dikemukakan, pemohon dikehendaki hadir ke pejabat agama Islam berdekatan bersama dengan pasangan dan wali pengantin perempuan untuk mengesahkan permohonan mereka.
  5. Dokumen lampiran wajib dibawa sekali sewaktu hadir.
  6. Bukti pembayaran hendaklah dikemukakan kepada Desk Officer bagi tujuan pencetakan borang kebenaran kahwin.
  7. Setelah upacara akad nikah dijalankan pemohon boleh membuat pembayaran. No. slip bayaran hendaklah dikemukakan bagi tujuan pencetakan surat asal perakuan nikah dikemukakan.

TATACARA PERMOHONAN WALK IN
  1. Pemohon hendaklah hadir ke pejabat agama Islam berdekatan bersama dengan pasangan dan wali pengantin perempuan untuk mengisi borang permohonan dan mengesahkan permohonan mereka.
  2. Dokumen lampiran wajib dibawa sekali sewaktu hadir.
  3. Bukti pembayaran hendaklah dikemukakan kepada Desk Officer bagi tujuan pencetakan borang kebenaran kahwin.
  4. Setelah upacara akad nikah dijalankan pemohon boleh membuat pembayaran. No. slip bayaran hendaklah dikemukakan bagi tujuan pencetakan surat asal perakuan nikah dikemukakan.
JENIS-JENIS PERMOHONAN PERKAHWINAN
  1. PERMOHONAN NIKAH DALAM BAHAGIAN DAN LUAR SARAWAK
  • Pemohon lelaki dan pemohon perempuan berasal dari bahagian yang sama dan bercadang untuk berkahwin di dalam bahagian yang sama.
  • Contoh: Pemohon perempuan berasal dari Kuching dan pemohon lelaki juga berasal dari Kuching. Pasangan ini bercadang untuk berkahwin di Kuching.
  • Pemohon perempuan yang berasal dari Sarawak atau luar Sarawak dan telah bermastautin di Sarawak dan bercadang untuk berkahwin di kawasan pemohon lelaki iaitu di luar Sarawak.
  • Contoh: Pemohon perempuan berasal dari Kedah dan telah bekerja selama 2 tahun di Hospital Umum Sarawak dan bercadang untuk berkahwin di Kedah.
  1. PERMOHONAN NIKAH ANTARA BAHAGIAN DALAM SARAWAK
  • Pemohon lelaki dan pemohon perempuan berada di dalam bahagian yang berbeza dan pemohon perempuan bercadang untuk berkahwin di bahagian lelaki.
  • Contoh: Pemohon perempuan berasal dari Kuching dan pasangannya berasal dari Samarahan. Pasangan ini bercadang untuk berkahwin di Samarahan iaitu kawasan pengantin lelaki.
  1.  PERMOHONAN NIKAH KENYATAAN PENDAFTAR
  • Pemohon lelaki bermastautin di bahagian atau negeri yang berbeza dari pemohon perempuan dan pemohon lelaki bercadang untuk berkahwin di tempat perempuan.
  • Contoh: Pemohon perempuan berasal dari Kuala Lumpur dan pasangannya berasal dari Kuching. Pasangan ini bercadang untuk berkahwin di negeri pengantin perempuan iaitu di Kuala Lumpur.

DOKUMEN LAMPIRAN
  • Gambar ukuran pasport (1 keping lelaki dan 1 keping perempuan)
  • MyKad Pemohon Lelaki
  • MyKad Pemohon Perempuan
  • Lain-Lain Dokumen Pengenalan Diri - Kad Pengenalan Lama / Pasport / Tentera / Polis (jika berkaitan)
  • MyKad / Pasport Wali
  • MyKad Bapa / Ibu / Penjaga Pengantin Lelaki (jika pengantin lelaki adalah bawah umur)
  • MyKad Bapa / Ibu / Penjaga Pengantin Perempuan (jika pengantin perempuan adalah bawah umur)
  • Surat Asal Perakuan Nikah Ibu Bapa Perempuan (jika masih berkahwin) atau Surat Cerai Ibu Bapa Perempuan (jika bercerai)
  • Pengesahan Status Pemohon oleh Ketua Masyarakat- menggunakan alamat rumah sebagai alamat bermastautin  (boleh di  muat turun dari Portal bahagian Muat turun)
  • Pengesahan Status Pemohon oleh Majikan- menggunakan alamat tempat kerja sebagai alamat bermastautin  (boleh di  muat turun dari Portal bahagian Muat turun)
  • Sijil Lahir Wali (jika Wali selain bapa)
  • Sijil Kematian Bapa (jika Wali selain bapa)
  • Sijil Kursus Pra Perkahwinan ATAU Slip Pernyataan Lulus Temuduga Nikah
  • Surat Asal Perakuan Cerai Duda / Janda (Jika berkaitan)
  • Sijil Cabutan Kematian suami / isteri (Jika berkaitan)
  • Surat Perakuan Memeluk Agama Islam (Jika berkaitan)
  • Kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tentera / Polis (Jika berkaitan)
  • Surat Asal Kebenaran Berkahwin Warganegara Asing dari Konsulat / Kedutaan Negara luar (Jika berkaitan)
  • Borang Permohonan Berkahwin Warganegara Asing dari Jabatan Imigresen Putrajaya (Jika berkaitan)
  • Kebenaran Nikah dari pihak berkuasa agama dalam Malaysia selain Sarawak (Jika berkaitan)
  • Surat Pengesahan Doktor (Jika wali hilang akal)
  • Surat Akuan Bersumpah (Jika berkaitan)