PERMOHONAN NIKAH DALAM BAHAGIAN DAN LUAR SARAWAK

03/04/2014
  1. PERMOHONAN NIKAH DALAM BAHAGIAN DAN LUAR SARAWAK
  • Pemohon lelaki dan pemohon perempuan berasal dari bahagian yang sama dan bercadang untuk berkahwin di dalam bahagian yang sama.
  • Contoh: Pemohon perempuan berasal dari Kuching dan pemohon lelaki juga berasal dari Kuching. Pasangan ini bercadang untuk berkahwin di Kuching.
  • Pemohon perempuan yang berasal dari Sarawak atau luar Sarawak dan telah bermastautin di Sarawak dan bercadang untuk berkahwin di kawasan pemohon lelaki iaitu di luar Sarawak.
  • Contoh: Pemohon perempuan berasal dari Kedah dan telah bekerja selama 2 tahun di Hospital Umum Sarawak dan bercadang untuk berkahwin di Kedah.
  • Pemohon Lelaki berasal dari luar Sarawak dan bercadang untuk berkahwin untuk berkahwin dengan pemohon perempuan berasal dari Sarawak dan tempat pernikahan adalah di Sarawak
  • Contoh: Pemohon Lelaki berasal dari Selangor dan bercadang untuk berkahwin dengan pemohon Perempuan berasal dari Sibu dan tempat perkahwinan adalah di Sibu. walaubagaimanapun pemohon lelaki hendaklah mendapatkan kebenaran berkahwin luar kawasan dari negeri asalpemohon lelaki.